CARA MEMIKAT HATI SUAMI
#16 CARA UTAMA MEMIKAT HATI SUAMI
Ketahui rahsia untuk memikat si suami bagi mengekalkan kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga.
Saat diulit rasa bahagia alam perkahwinan semestinya akan ada perasaan di mana anda ingin bahagia dirasai selamanya. Kan? Siapa tak mahu suaminya manja selalu, perkahwinannya bahagia indah seperti saat berbulan madu. Untuk pasangan yang baru berumah tangga, admin ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan dalam mengekalkan kebahagiaan di alam perkahwinan.
Ketahui rahsia untuk memikat si suami bagi mengekalkan kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga.
Saat diulit rasa bahagia alam perkahwinan semestinya akan ada perasaan di mana anda ingin bahagia dirasai selamanya. Kan? Siapa tak mahu suaminya manja selalu, perkahwinannya bahagia indah seperti saat berbulan madu. Untuk pasangan yang baru berumah tangga, admin ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan dalam mengekalkan kebahagiaan di alam perkahwinan.
- Senantiasa berdoa meminta kepada Yang Maha Esa untuk suami sentiasa sayang kepada anda.
- Apabila anda diminta dibuat sesuatu, elakkan sikap lambat-lambatkannya sebaliknya lakukan dengan serta merta dengan ikhlas dan tanpa banyak komen
- Walaupun perempuan terkenal dengan merajuk dan 1001 perangai, elakkan untuk biarkan suami berkecil hati atau merajuk/marah terlalu lama. Cepat-cepatlah memujuk. Letakkan jauh ego anda, demi dapatkan keluarga bahagia
- Ucapkanlah kata sayang dan romantic mesra anda kepada suami anda setiap hari. Amalkan untuk akhiri perbualan atau mesej anda dengan ucapan kata sayang
- Jangan kedekut untuk memberi pujian kepada suami seperti penampilannya, wajah, rambut, dan sebagainya
- Sentiasa dalam keadaan kemas, wangi dan cantik meskipun hanya berada di dalam rumah. Elakkan diri berbau, kusut masai kerana beringat bahawa mereka suka perempuan yang kemas dan cantik sentiasa.
- Curi masa untuk berjemaah bersama suami anda. Mungkin semasa hujung
minggu kerana dengan jadikannya amalan harian untuk merapatkan lagi
hubungan anda dan suami
- Walaupun anda juga penat seharian bekerja, curi juga masa anda untuk belai suami anda selepas mereka pulang dari kerja. Urutlah badan mereka, hidangkan air untuknya semoga segala penat lelah seharian bekerja mereka hilang dibelai anda
- Sentiasa senyum dan bermuka manis di hadapan suami
- Ringankan mulut untuk berpesan kepada suami. Atau erti kata lain untuk saling ingat-mengingati
- Walaupun anda bukan seorang pakar memasak, tetapi cuba untuk belajar memasak masakan kegemaran suami
- Tanamkan keprihatinan di dalam diri anda. Latih diri anda untuk bertanya tentang suami, bagaimana harinya dan sebagainya
- Belajar lakukan sesuatu di luar jangkaan. Seperti kejutan mesra dengan tinggalkan note sebelum anda ke kerja untuk suami anda baca nanti.
- Pastikan rumah dalam keadaan bersih dan tersusun
- Akur kepada suami. Jangan sesekali melawan. Jika ada yang menganggu fikiran anda, cuba untuk berbincang dan luahkan pendapat anda dengan nada yang tenang supaya tiada ketegangan berlaku.
- Jadi ini adalah antara tips yang boleh admin kongsikan dengan pembaca
tersayang dalam membantu anda untuk memikat suami. Ingatlah bahawa
syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Meskipun mahligai
anda dilanda badai, cuba untuk selesaikannya dengan tenang. Jangan
tergesa-gesa bimbang kelak, pilihan anda membawa kepada penyesalan yang
tidak berkesudahan.
Suami cinta, rumahtangga bahagia!
Pasangan Yakan Tausug
Comments
Post a Comment