Kisah Minyak Beku Batu Pahat



Ramai yang mengenali Batu Pahat sebagai daerah yang didiami kebanyakan masyarakat Jawa. Selain itu, bandarnya pula pernah mendapat jolokan sebagai ‘bandar tekstil’ kerana terdapat banyak kilang pengeluar pakaian di sana.

Menjejak sejarah, daerah yang mengambil masa satu jam setengah perjalanan dari Johor Bahru itu turut dikenali dengan kisah komunis dan perang Jepun di Parit Sulong, perjuangan Datuk Onn Jaafar dan juga perang Siam pada suatu ketika dahulu.
“Namun, apa yang pasti ialah sejarah Batu Pahat bermula dari sebuah perigi dekat pantai Minyak Beku. Ia mempunyai kaitan dengan Kesultanan Melaka dan peperangan dengan Tentera Siam,”
Lokasinya terletak di lereng bukit, tinggi sedikit dari kawasan pantai yang penuh dengan bongkah batu. Perigi tersebut asalnya pula hanyalah sebuah batu besar yang secara logiknya sukar digali, apatah lagi untuk mendapatkan air dari dalamnya.

“Mereka telah memahat batu di pantai Minyak Beku untuk mencari air bersih. Apabila mereka memahat, maka muncul mata air dari dasar, kemudian mereka terus memahat dan gali dalam lagi.
“Saya pelik dalam batu itu, boleh dapat air, kemudian boleh dapat air tawar dari kawasan tepi pantai yang tidak jauh dari laut. Terfikir juga mengapa mereka tidak pergi ke kawasan yang jauh sikit dari laut untuk menggali perigi,” soalnya.
“Apabila mereka menggali perigi di sana dengan memahat batu, maka sebab itulah Pulau Kundur bertukar nama menjadi Batu Pahat yang dibuka oleh Datuk Bentara Luar Johor iaitu Datuk Mohd Salleh Perang pada 1893,” ujarnya.
Sehingga hari ini, perigi Batu Pahat di pantai Minyak Beku masih lagi wujud dan airnya masih lagi memenuhi sehingga ke bibir telaga. Cuma hari ini, airnya telah menjadi keruh dan kotor kerana perigi tersebut tidak lagi digunakan.
Pengunjung boleh datang ke pantai Minyak Beku untuk meninjau sendiri keadaan perigi dan kedudukannya yang begitu hampir dengan laut.


 


Comments

Popular posts from this blog

Suluk

Bukan Kerana Aku Tak Cinta