Siapa Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat dan pensyarah.



Hai.. Nama saya Noraliza binti Johari. Nama panggilan saya Liza. Tarikh lahir saya pada 16/01/1994. Saya adalah anak ketiga daripada tiga orang adik beradik. Yang pertama merupakan kakak dan yang kedua adalah abang. Kakak saya bernama Azliana. Kakak saya sedang bertugas sebagai guru di sekolah rendah. Manakala abang saya bernama Norazman. Abang saya bekerja sebagai Supervisor di Kilang Munchy's. Saya berasal daripada Batu Pahat, Johor. Saya merupakan anak kelahiran Johor.

Waktu sekolah rendah saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Maimon. Di sekolah ini saya bersekolah sehingga Darjah Enam. Dan seterusnya saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat sehingga ke Tingkatan 5. Saya menamatkan Tingkatan 5 pada Tahun 2011 dengan Keputusan SPM 1A-, 7B, 1C, dan 1D. Seterusnya saya meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan( KMNS) pada tahun 2012/2013. Saya memperoleh keputusan CGPA sebanyak 2.68 sahaja.

Sebelum saya sambung belajar di matrikulasi saya pernah bekerja di Umang-Umang Wholesale Emporium sebagai Pembantu Jualan. Tugas yang diberikan adalah melayan pelanggan, memastikan kedai sentiasa kemas, menjadi juruwang, dan menjadi penghantar cek ke bank.Di masa ini saya sedang bekerja sebagai Centre Assosiate di Mail Boxes Etc. Saya bertugas sebagai juruwang, memastikan kedai sentiasa kemas, stok kedai dalam keadaan yang mencukupi dan melayan pelanggan.

Makanan kegemaran saya adalah Nasi Goreng Ayam Goreng bukannya Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit. Manakala air pastinya saya akan memesan Milo Ais sebagai pilihan.


Comments

Popular posts from this blog

Suluk

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Kisah Minyak Beku Batu Pahat